Assalamualaikum w.b.t,
Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi atas berkat masa, kesihatan dan keluarga yang bahagia. Satu lagi entri peribadi berkisarkan percutian keluarga saya ke Langkawi. Dah lama benar rasanya tak bercuti bersama-sama dengan keluarga. Jadi entri ini khusus untuk keluarga yang sederhana besar Ramlee dan Rahimah.
DAN PERJALANAN PUN BERMULA
 |
Setia Menanti Kedatangan Feri |
Kisah perjalanan bermula dengan pengembaraan tiga biji kereta dari Perak ke Penang untuk mengambil abang sulung saya dan keluarganya. Perjalanan hampir satu jam setengah itu diteruskan dengan perjalanan tiga jam yang sungguh memenatkan ke terminal feri Kuala Perlis. Jam menunjukkan pukul 2.15 pagi sebaik sahaja kami sampai di terminal feri.
 |
Mata Sepet Amik Selfie Jam Dua Pagi |
Perjalanan diteruskan ke homestay bagi bermalam sebelum menaiki feri ke Langkawi pada keesokan harinya. Walaupon jam menunjukkan masa 2.15 pagi, tetapi terima kasih kepada Encik Abdul Ghani, kami dapat homestay dengan harga diskaun. (Ada talian persaudaraan, dia bagi diskaun sikit, alhamdulillah.)
AYUH KITA KE LANGKAWI
 |
Bergambar Depan Homestay |
Perjalanan dari homestay ke terminal feri mengambil masa lebih kurang 10 minit dengan menaiki kereta. Setelah bersedia dengan kelengkapan bagasi, maka perjalanan ke Langkawi pon bermula.
 |
Selfie Lagi Depan Signboard Sebelom Naik Feri |
Tiket feri yang telah dibeli seawal 6.30 pagi membolehkan kami sekeluarga menaiki feri pada jam 9.30 pagi. Kaunter tiket buka seawal 6 pagi dan disebabkan waktu sekarang adalah musim cuti kerana Tahun Baru Cina, semestinya berpusu-pusu orang nak bercuti ke Langkawi. Kalau lambat beli tiket, sememangnya lambat la menaiki feri.
 |
Seronok Nampaknya naik Feri |
Perjalanan kami ke Langkawi memakan masa selama satu jam. Memang agak bosan sebenarnya dalam feri. Jikalau tidak tahu nak buat apa, boleh tidur sahaja. Saya ambil peluang dalam feri untuk baca buku.
 |
Antara Feri Yang Dapat Di Lihat Di Terminal Feri Langkawi |
 |
Welcome to Langkawi |
Boleh tahan cantik juga Langkawi nie sebenarnya. Sebaik sahaja sampai ke Langkawi, perkara pertama yang kami lakukan adalah mencari kereta sewa. Senang nak pergi ke tempat-tempat menarik di Langkawi nie. Kalau hendak diikutkan, hendak sewa sebiji van yang boleh memuatkan kami semua, tetapi semuanya telah disewa oleh orang lain, jadi kami pon menyewa tiga biji kereta.
 |
Antara Hotel Yang Terdapat di Tepi Pantai Cenang |
 |
Gambaran di Pantai Cenang Waktu Tengahari |
 |
Selfie Tatkala Panas Membara |
Lokasi pertama selepas lunch adalah berkunjung ke Pantai Cenang di Langkawi. Cantik juga pantai nie. Walaupon panas, masih ramai orang yang mandi manda. Tetapi, kami sekeluarga hanya mahu menikmati pemandangan sambil-sambil mencari tempat bermalam untuk dua hari berikutnya.
 |
Mama pon Bergaya Betul |
Selepas hampir satu jam bersiar-siar di pantai menikmati pemandangan sambil makan ais krim, tibalah masa untuk ke tempat homestay yang terletak lebih kurang setengah jam dari Pantai Cenang. Tidak banyak aktiviti yang dilakukan pada hari ini, sekadar mencari tempat penginapan untuk berehat.
 |
Suasana Malam di Pantai Cenang |
 |
Pertunjukan Api |
 |
Lagi Pertunjukkan Api |
Namun, pada malamnya, saya dengan beberapa adik-beradik saya mengambil kesempatan untuk kembali ke Pantai Cenang untuk melihat suasa pada malam hari. Hidup lagi pantai itu pada malamnya. Terdapat pertunjukkan ‘orang api’ lagi. Memang terbaik.
HARI BERIKUTNYA
 |
Di Sekitar Tasik di Oriental Village |
Hari berikutnya, kami sekeluarga bercadang untuk ke Oriental Village untuk menaiki skycab ataupon cable car. Terasa teruja, walaupon ini kali kedua berkunjung ke Langkawi, tetapi ini adalah kali pertama saya menaiki cable car.
Berkunjung ke sini pada waktu cuti umum memang memenatkan. Penat menunggu sebenarnya. Tiket yang dibeli untuk menaiki cable car pada waktu tengahari membuatkan kami semua terpaksa menunggu hampir 4 jam. Jadi, apa nak buat 4 jam itu?. Nasib baik Oriental Village ini terdapat kedai-kedai menarik untuk dikunjungi. Jadi, jalan-jalan sementara menunggu jam 4 petang.
 |
Tangkap Gambar Dengan Kakak Saya |
 |
Gambar Mama Mesti Kena Tangkap Juga |
Selain daripada cable car, semestinya terdapat banyak tarikan lain di sini. Begitu banyak kedai-kedai souvenir, kedai baju, kedai makan dan sebagainya. Jikalau nak buat t-shirt dan key chain sebagai kenangan pon boleh disini.
 |
Rajin Abang Nie Lukis di T-shirt Tu |
Selain itu, terdapat juga kereta kuda di tempat ini. Bagi pengunjung yang nak merasai pengalaman menunggang kuda ataupon menaiki kereta kuda, boleh berkunjung ke sini. Bayaran untuk menaiki kereta kuda adalah rm 5 seorang manakala untuk menunggang kuda pula bayarannya adalah rm 20 seorang.
 |
Abang Long dan Keluarga Naik Kereta Kuda |
 |
Ambil Gambar Dengan Kuda Jer, Tak Naik Pon |
Bukan itu sahaja, terdapat juga museum 3D disini. Baru sahaja dibuka untuk para pengunjung. Saya tak masuk, mungkin lain kali. Namun bagi anda yang berminat, bayarannya adalah rm 30 bagi dewasa dan rm 20 bagi kanak-kanak.
 |
Lukisan 3D Yang Memang Menarik di Bahagian Pintu Masuk |
 |
Abang Long Macam Ada Sayap Gitu |
 |
3D Art Museum Sculpture |
Ada juga aktiviti-aktiviti menarik untuk kanak-kanak sebenarnya. Antaranya adalah paddle bot, mini motocycle dan lain-lain. Orang dewasa pon boleh sebenarnya mencuba aktiviti-aktiviti ini semua. Harga jikalau tidak silap dalam RM 20 – RM 30 macam tu.
 |
Seronok Nampak Anak-Anak Saudara Aku Nie.. |
 |
Posing Dengan Moto Pulak |
 |
Muka Gembira Selepas Seronok Naik Moto |
 |
Tok Wan Bersama Cucu-Cucunya |
Banyak aktiviti yang boleh dilakukan sebenarnya selain daripada perkara-perkara di atas. Kebanyakkan kedai menjual baju dan souvenir kepada para pengunjung.
Kami sebenarnya melakukan aktiviti ini semua sementaara menunggu tibanya jam 4 petang untuk naik ke atas Gunung Mat Cincang. Dah hampir jam 4 petang, maka kami pon pergi beratur untuk naik Cable Car.
 |
Ticket Rates For Langkawi Sky Cab |
 |
Sementara Tengah Beratur Sempat Lagi Ambil Gambar Tu.. |
 |
Punya La Ramai Orang Beratur.. |
Selepas hampir 30 minit lebih berarak dan berjalan zig-zag dalam ruangan menunggu, akhirnya dapat juga menaiki cable car untuk melihat sendiri keindahan Gunung Mat Cincang. Ini adalah kali pertama naik kereta kable ini. Seronok dan seram sejuk semestinya.
 |
Teropong Pon Ada Untuk Disewa..Dua Teropong Harga RM 10 |
 |
Berbaris Sebelum Menaiki Cable Car |
 |
Selfie Bersama Mama Dalam Cable Car |
 |
Bersama Dengan Abang Pulak |
Pada permulaan Cable Car bergerak ke atas, memang seronok. Namun, semakin ke atas, semakin gayat pula rasanya. Nak hilangkan rasa gayat, semestinya jangan lihat ke bawah.
 |
Gambar Dari Dalam Cable Car |
Rasanya tidak sampai 10 minit, kami semua sudah sampai ke checkpoint pertama di atas gunung. Berhenti seketika disini sebelum meneruskan perjalanan ke puncak tertinggi.
 |
Pemandangan Daripada Checkpoint Pertama |
 |
Selfie Dengan Mama Terchenta |
 |
Cantik Background Tu.. |
 |
Bergambar Dengan Semua Adik-Beradik dan Mama |
Perjalanan diteruskan ke puncak tertinggi Gunung Mat Cincang, Langkawi. Dua minit sahaja daripada checkpoint pertama ke checkpoint tertinggi.
 |
Semasa ke Tempat Tertinggi |
 |
Boleh Nampak Stesen Pertama Tadi |
 |
Banyak Gambar Dengan Mama |
 |
Selfie..Selfie dan Selfie…. |
 |
Berehat – Letih Jalan Naik Turun Tangga |
 |
Apa La Abang Aku Teropong Tu… |
 |
My Brothers… |
 |
Banyak Betul Gambar Dengan Mama |
 |
Aik…Ade Awek Plak Interframe Selfie Aku nie.. ^_^ |
Hampir setengah jam melihat-lihat pemandangan di atas sana, tiba masanya untuk turun. Memang ramai orang. Maklumlah musim cuti sekolah kan. Nak turun pon kena beratur semestinya.
 |
Ramai Orang Nak Turun Weyh..Beratur Panjang |
 |
Masa Naik Boleh Tangkap Gambar Dengan Mickey & Minnie Nie..Dorang Akan Jual Kepada Anda |
 |
Ramai Juga Pelancong Dapat Dikesan.. |
Selepas sampai giliran nak naik kereta kable dan kami semua pon turun. Boleh bergambar sahaja di atas sini. Plus, ada juga laluan untuk skybridge, tapi dikenakan bayaran rm 5 jikalau tak silap. Ada juga kedai-kedai makanan dan minuman di atas ini, tetapi sedia maklum harganya mesti sedikit mahal. (Dinasihatkan, bawak air sendiri lagi jimat).
 |
Kembali Turun Ke Stesen Pertama |
 |
Turun Pon Selfie Ker..? |
 |
Nak Sampai Bawah Dah… |
Maka tamatlah perjalanan menaiki Cable car dan perjalanan sekitar Oriental Village. Best juga tempat ini, banyak tarikan, gerai-gerai makan dan jualan cenderahati memang banyak.
 |
Selamat Tinggal Oriental Village |
 |
Langkawi Skycab Map |
Destinasi seterusnya adalah kembali ke Pantai Cenang untuk mandi manda seketika. Hari pon sudah hampir malam, tak boleh mandi lama-lama sangat, bahaya.
 |
Selfie..Belakang tu pon Selfie juga…hahaha.. |
 |
Langkawi – Permata Kedah Katanya.. |
Cantik juga pantai nie sebenarnya. Boleh tahan juga tahap kebersihannya. Tak kotor sangat, tak bersih sangat, sedang-sedang sahaja. Terdapat juga bilik persalinan dan tandas di sekitar pantai. Senang nak tukar baju.
Aktiviti seterusnya selepas mandi manda di Pantai Cenang adalah shopping. Rasanya tidak sah jikalau datang Langkawi tetapi tak shopping. Kebanyakkan barang memang murah. Tempat Duty Free. Tidak dikenakan cukai, jadi memang murah sedikit daripada harga biasa.
 |
Shopping Coklat Di Perniagaan Haji Ismail Group |
 |
Macam-Macam Jenis Coklat Ada |
 |
My Favourite Mestilah Kinder Bueno.. ^_^ |
 |
Shopping Perkakas Dapur Ke Mama dan Kakak Aku nie.. |
Selepas puas shopping chocolate, kain batik, perkakas dapur, minyak gamat dan lain-lain, agenda seterusnya adalah makan. Mesti perut semua lapar selepas buat pelbagai aktiviti. Kena la isi perut balik kan. Jadi, dalam perjalanan pulang, kami semua pon singgah di kedai makan.
 |
Makan Besar Nie… |
Selepas makan, malam pon melabuhkan tirainya. Memang satu hari yang agak letih tetapi best. Bermulanya hari daripada menaiki cable car, shopping, mandi manda dan semestinya paling penat sekali adalah jalan-jalan dan beratur panjang.
AYUH PULANG KE RUMAH
 |
Tangkap Gambar Dengan Mama Lagi |
Hari terakhir berada di Langkawi sebelum kembali ke rumah. Memang seronok bercuti tambah-tambah dengan keluarga tercinta. Sebelum pulang, tangkap gambar depan homestay dulu.
 |
Keluarga Kakak Saya Nie.. |
 |
Gambar Dengan Abang |
Memandangkan hari cuti dan dijangkakan jalan sesak untuk ke terminal feri, jadi kami keluar awal untuk mengelakkan kami semua terperangkap dalam kesesakkan lalu lintas. Gerak awal, jadi memang sampai awal. Jadi, terpaksa tunggu sebelum menjelangnya jam 4 petang.
 |
Duduk Tunggu Di Bawah Pokok Dulu |
Sementara tunggu waktu untuk naik feri, jadi jalan-jalan dahulu di sekitar terminal feri untuk ambil gambar. Jikalau berhampiran terminal feri, Dataran Lang adalah tarikan utama. Jadi, kami pon berjalan-jalan dahulu di Dataran Lang.
 |
Helang Besar Di Dataran Lang |
 |
Helang Atas Kepala Weyh.. |
 |
Kakak dan Mama Bergambar Di Dataran Lang |
 |
Bergambar Dengan Mama |
 |
Waiz In Action…Comel Anak Abang Long |
 |
Mimi Pula Nak Bergambar…Anak Kakak.. |
 |
Abah Berehat Dalam Buai yang Diikat Di Pokok.. Steady!! |
Setelah hampir dua jam lebih menunggu di sekitar terminal feri, akhirnya tiba masanya untuk pulang ke rumah. Dalam feri pon mesti ambil gambar.
 |
Selfie Sebelah Parents… |
Alhamdulillah, akhirnya selamat juga sampai ke rumah. Maka dengan ini berakhirlah percutian kami sekeluarga kami di Langkawi. Memang best, memang awesome.
~Memang seronok sangat-sangat bercuti di Langkawi bersama family. Bukannya selalu pon berjalan-jalan dengan keluarga, asyik berjalan dengan rakan-rakan sahaja. Jadi, memang betul-betul hargai jika ada masa bersama keluarga. Sayangilah dan hargailah keluarga anda sementara mereka masih ada~
Title : PERCUTIAN KELUARGA KE LANGKAWI
Tarikh : 20/2/2015 – 22/2/2015 (Cuti Umum Raya Cina)
– Maka Dengan Ini Berakhirlah Satu Lagi Entri Berkenaan Percutian Keluarga, InsyaAllah Berjumpa Lagi Dalam Entri Akan Datang. Banyak Cerita Motivasi. Peribadi, Perniagaan dan Sebagainya InsyaAllah. Terima Kasih Kerana Sudi Berkunjung Ke Blog Keramat Rahishan Ramlee. InsyaAllah, Bertemu Lagi Dalam Entri Akan Datang.
Akhir Kalam, Assalamualaikum w.b.t. –
Suka Baca Entri Ini, Mohon Like FB Page Saya. Terima Kasih.
Jom Baca Entri Lain Juga Di Bawah ini
Salam sesiapa yg berminat bercuti ke langkawi dan memerlukan kereta sewa call zainudin 0175693431
Kami menawarkan Pakej Percutian ke Medan dan Danau Toba
Lake Tour 04 Hari / 03 Malam MYR 380 ( 10 orang )
Pakej kami design sangat murah dan berkualitas
FULL SERVICES
Hotel 3 Bintang
Makanan Halal
Driver humble
Pemandu Pelancongan professional
Sila contact Tiara Tours Indonesia
Jln. Panglima Denai No. 76 Medan, 20227
Licensed : 503/508.SK/IUP/BPW/MM/2011
Tel/Fax : +6261 – 733 59 765
Email : tiaratoursindonesia@gmail.com.
HP / WA +6281383535091
HP / WA +6285358982828
HP / WA +6285762820068
TERSEDIA LAYANAN SEWA KERETA DAN BUS PERSIARAN
Toyota Avanza (05 orang ) MYR 155 / Hari
Suzuki Eritga (05 orang ) MYR 155 / Hari
Inova Reborn (05 orang ) MYR 175 / hari
Isuzu Elf (11 orang ) MYR 235 / Hari
Toyota Hiace (11 orang ) MYR 320 / Hari
Medium Bus ( 27 orang ) MYR 500 / Hari
Note :
HARGA SEWA KERETA SUDAH TERMASUK : DRIVER AND PATROL