Maka, setelah menunaikn solat jama’ maghrib dan isya’ di surau berhampiran dengan Pantai Bersih, jadi kami pon bersedia untuk menuju ke lokasi seterusnya iaitu ke Permatang Pauh. Tujuan utama ke Permatang Pauh kerana mahu merasa akan kesedapan Char Kuey Teow disamping bertemu dengan beberapa rakan UTP yang masih berada di Penang.
 |
MUKA-MUKA LAPAR MENANTIKAN CHAR KUEY TEOW |
 |
MUKA KEKENYANGAN SELEPAS MENIKMATI CHAR KUEY TEOW |
 |
NIE PON MUKA-MUKA LAPAR JUGA, TETAPI PANDAI COVER.. |
Jikalau anda perasan, dalam gambar di atas boleh dilihat betapa ramainya orang yang makan Char Kuey Teow disini. Memang ramai, memang meriah. Kami terpaksa duduk berasingan kerana terlalu ramai orang. Harga Char Kuey Teow hanya RM 5.00 bagi pinggan bersaiz besar. Saiz standard RM 4.00 jer.
 |
MEMANG NAIK SELERA TENGOK CHAR KUEY TEOW NIE..SEDAPPP… |
Selepas menikmati Char Kuey Teow yang sungguh sedap, makan sampai licin pinggan, jadi kami pon beransur pulang ke rumah penginapan sementara di Kulim. Jadi, daripada Permatang Pauh, kami kembali ke Kulim. Disini juga, kami berpisah dengan rerakan UTP yang lain.
Sebaik sahaja sampai di rumah, kami disajikan pula dengan mee kari masakan tuan rumah. Murah rezeki, jadi kerja kami pon makan sahajalah. Alhamdulillah.
 |
REZEKI SUPPER DENGAN MEE KARI…TERBAIK |
KEESOKAAN HARINYA
 |
BREAKFAST DI PAGI HARI |
Keesokkan harinya, apabila kami bangun sahaja daripada tidur, kami semua dijamu pula dengan bihun goreng. Memang sedap, terima kasih kepada tuan rumah kerana menyediakan makan pagi buat kami semua. Alhamdulillah, semoga murah rezeki tuan rumah.
Jadi, selepas bersarapan, kami bergerak ke destinasi seterusnya, iaitu Bukit Bendera atau dalam bahasa inggerisnya di panggil “Penang Hill”. Rasanya, kali terakhir berkunjung ke tempat ini adalah ketika masih bersekolah rendah. Jadi, ini adalah kali kedua saya berkunjung ke sini. Ada juga diantara kami yang pertama kali berkunjung ke Bukit Bendera ini.
 |
BERGAMBAR DI HADAPAN PINTU LUAR BUKIT BENDERA |
 |
SELFIE ADALAH KEWAJIPAN..HAHAHA |
 |
INI PULA DIBAHAGIAN HADAPAN SEBELUM MASUK |
Kami sampai di Bukit Bendera sekitar jam 9.45 pagi, jadi tidak ramai pengunjung lagi di saat itu. Jadi, kami pon tidak perlu beratur panjang untuk membeli tiket dan menaiki kereta api atau KOC ke bahagian atas Bukit Bendera.
 |
SENANG BELI 10 TIKET SEKALIGUS |
Kami hanya perlu membayar RM 3.30 seorang untuk menaiki KOC ke atas. Mungkin ada promosi beli banyak dapat murah rasanya. Jikalau tidak silap, harga standard bagi pelajar universiti adalah RM 4.00.
 |
EXCITED SEMUA SEBELUM MENAIKI KOC |
 |
INILAH KOC YANG TELAH DI UPGRADE DARIPADA DULU |
 |
DALAM KOC PON SEMPAT SELFIE GAMBAR JUGA |
Apabila menaiki KOC ke bahagian atas, semestinya pandangan yang menarik adalah di bahagian hadapan. Apabila turun pula, semestinya pandangan yang menghala ke bawah adalah tempat pilihan. Baru akan rasa macam naik “roller coster”.
KOC yang baru ini, memang laju berbanding dahulu. Rasanya, kurang daripada lima minit sudah boleh sampai ke bahagian atas. Memang cepat. Jikalau dulu, rasanya, da juga 15 minit untuk sampai ke atas.
 |
SERONOK SAMPAI DI BAHAGIAN ATAS BUKIT BENDERA |
 |
SELFIE DI HADAPAN GUARD HOUSE |
Suasana di atas Bukit Bendera ini sungguh dingin. Walaupon ketika kami sampai matahari telah pon menunjukkan sinar, tetapi tidak terasa sangat akan kepanasannya. Kami pon terus meneroka hampir ke setiap pelusuk Bukit Bendera ini.
 |
TERDAPAT JUGA MASJID DI ATAS BUKIT BENDERA NIE |
 |
BERGAMBAR DENGAN MERIAM – ARTIFAK TINGGALAN SEJARAH |
 |
SELFIE DI TANGGA |
 |
LAGI GAMBAR DI MERIAM |
 |
AYUH KITA BERGERAK KE HADAPAN..YEAH..!! |
Seterusnya kami bergerak pula ke tempat yang terdapat banyak “pad lock” ditinggalkan disitu. Tempat yang saya gelar sebagai “Kunci Cintamu Di Pagar Hatiku”. Bukan apa, memang banyak “pad lock” yang ditinggalkan disitu dengan tulisan nama pasangan.
 |
BANYAK BETUL KUNCI MANGGA YANG DITINGGALKAN |
 |
PENUH MANGGA DI BELAKANG TU.. |
Lain kali, jikalau berkunjung ke Bukit Bendera dan ingin tinggalkan mangga dengan ukiran nama anda, boleh la bawa siap-siap dari rumah. Kalau nak beli mangga kat tempat ini, memang mahal la jawabnya.
 |
POSING BUAT BENTUK “LOVE”..HAHAHA |
 |
SIAP ADA TULISAN “LOVE” BESAR LAGI |
 |
KEMUDIAN, BERGAMBAR PULA DI HADAPAN OWL MUSEUM…. |
 |
POKOK PERIUK KERA PON ADA JUGA..HAHA |
Seterusnya, perjalanan di teruskan ke tempat dimana paling strategik untuk melihat keseluruhan kawasan Pulau Pinang. Memang cantik. Jambatan pertama dan kedua turut dapat dilihat di kawasan ini.
 |
BOLEH LIHAT HAMPIR KESELURUHAN PULAU PINANG |
 |
BERGAMBAR DI LANDMARK “BUKIT BENDERA” |
 |
POSING BERLATAR BELAKANGKAN PULAU PINANG |
 |
REHAT-REHAT SAMBIL MENIKMATI PEMANDANGAN |
 |
NAMPAK MUKA KELETIHAN SEBAB ASYIK BERJALAN JER…HAHA |
Setelah hampir 2 jam berjalan-jalan, menikmati pemandangan dan mengambil gambar sekitar Bukit Bendera, sudah sampai masanya untuk kita isi perut yang kosong. Apa lagi, terus membuat keputusan untuk makan di “foodcourt” yang berhampiran. Pada pengamatan saya, harga adalah biasa untuk hidangan bergoreng. Kalau makan “dessert” akan jadi mahal sikit bergantung kepada pilihan.
 |
MAKAN NASI GORENG JER….BOLEH LA… |
 |
SAMBIL MAKAN SAMBIL BINCANG NAK KEMANA LEPAS NIE.. |
Selepas makan, maka kami semua pon bersedia untuk turun kembali daripada Bukit Bendera untuk ke lokasi seterusnya. Sebenarnya, selepas berbincang, kami semua bersetuju untuk ke Quensbay Mall.
 |
SEBELUM TURUN, SEMPAT LAGI AMBIL GAMBAR DI WALL “PENANG HILL” |
 |
DALAM KOC PON SELFIE JUGA – TATKALA NAK TURUN |
Apabila sampai dibawah, jam sekitar 12.45 tengah hari dan alangkah terkejutnya saya apabila mendapati begitu ramai orang beratur untuk membeli tiket dan menaiki KOC. Memang panjang sampai ke luar kaunter tiket. Mungkin kerana pemandangan di kala waktu petang lagi cantik rasanya.
 |
RAMAI BETUL YANG BERATUR.. |
Hajat di hati untuk pergi ke Queensbay Mall, akan tetapi di saat mengetahui parking penuh, jadi kami menukar haluan ke masjid berdekatan bagi menunaikan solat zohor dan asar secara jamak. Sambil berehat-rehat selepas solat, kami meneruskan perjalanan ke persiaran Seagate di Bayan Lepas untuk berehat dan makan-makan di tepi pantai.
 |
BOLEH DILIHAT JAMBATAN KEDUA PULAU PINANG |
Selepas makan-makan di sekitar kawasan tepi pantai, jadi, perjalanan pulang di teruskan ke rumah penginapan. Jadi, kami semua bersetuju untuk kembali ke Kulim dengan menaiki feri. Jadi, perjalanan diteruskan ke Terminal Feri, Georgetown.
 |
LEPAS PARKING KERETA, BOLEH MENIKMATI PEMANDANGAN.. |
 |
LIHAT DI SANA, CANTIKKAN..HAHAHAHA.. |
 |
DAN SEMUA MELIHAT KE ARAH LUAR FERI.. |
Dalam perjalanan pulang, ternampak pula signboard “Jeruk Madu Pak Ali”, jadi kami pon membuat persetujuan untuk berhenti seketika untuk beli jeruk madu. Banyak juga jeruk yang diborong. Boleh buat sourvenir pulang ke rumah nanti.
 |
MACAM-MACAM PILIHAN JERUK ADA…MEMANG SEDAP… |
Sebaik sahaja sampai di rumah, telah sampai masanya untuk makan malam. Jadi, telah dipersetujui untuk kami semua makan malam di kedai sebelum semua membawa haluan masing-masing.
 |
SEMUA SEDANG MENIKMATI HIDANGAN MASING-MASING |
 |
SEDAP SAMPAI SEMUA FOKUS JE MAKAN.. |
Selepas makan, maka ada diantara kami terus pulang ke UTP sebelum meneruskan perjalanan ke KL pada keesokkan harinya. Bagi saya, saya masih bermalam di rumah kawan saya dan saya kembali ke Gerik juga pada esoknya. Jadi, selepas makan kami semua berpisah.
 |
SEDAP MAKAN MALAM NIE – TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK |
Berjuta-juta ucapan terima kasih khas buat Zulrahimi Zamri dan keluarga kerana menyediakan tempat tinggal buat kami semua. Malah, kami semua dijamu dengan makanan yang begitu sedap serta diberi layanan yang sungguh istimewa. Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan. Semoga Allah sahaja yang mampu membalasnya.
EVENT : PERCUTIAN DI PENANG
TARIKH : 31/1/2015 & 1/2/2015
TEMPAT : KULIM DAN SEKITAR PENANG
~Jadi, setakat dulu entri kali ini. Entri berkisarkan pengalaman saya dan rerakan menghadiri majlis perkahwinan rakan kami serta sedikit sebanyak perjalanan kami semua di sekita Penang. InsyaAllah, bertemu lagi dalam entri akan datang. Entri yang menceritakan mengenai peribadi, ilmu, bisnes dan sebagainya InsyaAllah. Diharapkan perkongsian ini sedikit sebanyak mampu memberikan manfaat kepada para pembaca.
Akhir kata, Assalamualaikum w.b.t ~
[mohon jasa baik kepada rerakan saya yang berkunjung ke blog ini untuk tekan button FB like yer…boleh bagi semangat kat saya untuk terus menulis..terima kasih..!!]