Gambar diatas adalah antara muka yang anda akan lihat tiap kali berkunjung ke laman web saya. Semestinya, mungkin gambar ini akan berubah dari masa ke masa bergantung kepada mood saya. Dengan menaik taraf dan menukar Content Management System (CMS) kepada yang terkini, banyak perkara yang boleh saya lakukan.
Saya boleh masukkan animasi, video, gambar bergerak, dan banyak lagi. Senang juga untuk saya susun gambar, teks, memilih jenis tulisan, saiz tulisan, saiz gambar, kelegapan gambar (opacity) dan sebagainya. Namun, kesan khas (efect) ini akan nampak jika anda melawat laman web pada desktop, laptop dan tablet sahaja. Jika melawat laman web menggunakan talifon, kesan khas ini tidak akan nampak kerana kerana saiz skrin yang berbeza. Justeru antara muka yang dipaparkan juga akan berbeza.