Sedikit sebanyak tips turut saya kongsikan untuk anda yang mungkin sedang bersedia untuk ditemuduga bagi jawatan ini. Semoga bermanfaat.
![]() |
Hebahan Temuduga (Credit Gambar : www.spp.gov.my) |
![]() |
Pas Pelawat |
Sesudah subuh saya bergerak dari tempat tinggal ke Putrajaya. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 40 minit daripada Kerinchi ini. Tips pertama, gerak awal ke tempat temuduga untuk memastikan anda bersedia untuk perkara yang tidak diduga seperti mencari dimana lokasi sebenar bilik temuduga.
![]() |
Sediakan Dokumen Yang Diperlukan Sebaiknya (Credit Gambar : bcn4u.net) |
Selepas ambil pas pelawat dan berpandukan tunjuk arah untuk ke bilik interview, saya antara orang yang terawal sampai bagi kumpulan saya. Bagi temuduga jawatan PPPT DH41, terdapat 14 orang tersenarai sekumpulan dengan saya dan terdapat enam kumpulan keseluruhannya. Rasanya kumpulan ini dibuat mengikut jurusan pembelajaran di universiti.
![]() |
(Credit Gambar : photo by rawpixel on Unplash) |
Ini adalah senarai soalan yang ditanyakan kepada saya dan tiga orang calon lain. Kami semua ditemuduga oleh dua orang penemuduga, seorang Dato’ yang mewakili jabatan SPP manakala seorang lagi puan yang mahir berkaitan bidang yang ditemuduga (elektrik dan elektronik).
Saya kongsi secara umum sahaja, kerana jawapan semestinya berlainan. Harus diingatkan juga bahawa soalan mungkin berbeza-beza ditanya untuk sesi temuduga lain. Soalan yang kami semua terima adalah seperti berikut:
1 – Sila Kenalkan Diri Anda
Soalan klise yang ditanyakan. Namun kami diberi syarat untuk mengikut format sepertimana yang diinginkan oleh penemuduga agar tak melarat dan melalut. Formatnya adalah seperti berikut; nama, asal, umur, menetap dimana, bekerja atau masih belajar dan degree dalam bidang apa secara spesifiknya.
2 – Sebab Apa Memilih Jawatan Sebagai Pensyarah?
Disebabkan ini soalan terbuka, jadi jawapan juga luas semestinya. Terpulang bagaimana anda untuk menjawab soalan ini. Ada yang kata minat tak kurang juga yang kata kerja kerajaan ini lebih terjamin. Jadi terpulang kepada anda.
3 – Pendapat Anda Tentang Diskriminasi Kerja atau Cabaran Kerja
Satu lagi soalan terbuka. Soalan ini lebih kepada pengalaman. Jika anda belum bekerja dan tidak mempunyai pengalaman kerja, ceritakan pengalaman orang lain. Pastikan anda menjawab soalan dan jangan terlalu lama bercerita takut penemuduga bosan.
4 – Soalan Teknikal
Ini adalah soalan yang ditakuti oleh kami semua. Sebagai persedian, haruslah anda refresh ilmu-ilmu yang telah dipelajari ketika di universiti dahulu. Soalan yang kami dapat hari itu, lebih berkisarkan tentang elektrik dan elektronik dan soalan berbeza mengikut pengkhususan pembelajaran. Penemuduga lebih bertumpukan soalan berkaitan dengan projek akhir tahun kami semua. Jadi, boleh la bersedia apa yang sepatutnya.
Tamat Sesi Temuduga
![]() |
Muka Lega Sebab Sudah Selamat Ditemuduga |
Itu sahaja soalan yang ditanya kepada kami semua. Hampir 40 minit juga kami semua ditemuduga. Semestinya, temuduga berkumpulan mengurangkan rasa debar namun jika saingan anda itu orang yang yakin dan pintar berkata-kata, maka anda harus pandai mengambil kesempatan untuk bercakap.
Selepas temuduga, sedikit briefing untuk menyatakan pakaian yang harus dipakai ketika lapor diri, jika berjaya. Keputusan akan diberitahu sebulan selepas tarikh temuduga melalui emel dan boleh juga disemak di laman sesawang rasmi SPP.
Tamat sudah entri untuk kali ini. Harap berguna kepada anda yang mungkin bersedia untuk ditemuduga untuk jawatan ini. Akhir kata, selamat berjaya dan assalamualaikum.
tumpang tanya, berapa syarat untuk mohon jawatan ini? klau pointer bawah 3 , mmg kena reject ke?
Rph kena bawak ke macam mana? Ke xpayah bawak
Tak silap minimum kene 3 pointe ke atas skrg nie.
Perlu. Bawa RPH, bawa segala checklist yg dah diberi.
Tuan, senang nk llus x iv spp? Tuan berjaya?
saya nak tanya, adakah interview ni ada stage? maksud saya tidak ada mock teaching ke? terima kasih
Ade sesiapa yang dpt interview 31/7 ni??
Betul ke?.
Checklist sy xd pon?
terima kasih kerana menulis entri ini, ianya penuh info. jika tidak keberatan utk menjawab..saya ada 1 soalan, adakah tuan berjaya dapat jawatan ini? jika dapat, dimana penempatan nya?
saya ada dapat. 29/7 2019 ni.
Saya..
Sy 31/7..
Kalau blh sy thu..awk llus x..dan interview session tu dalam bhasa melayu atau english?
Sy dpt tarikh 31/7 ni… Sy bidang keusahawanan…awk semua bidang apa ye
This comment has been removed by the author.
sy bidang undang-undang.. nk buat group ke? =)
Sy kjuruteraan kimia..iv 31/7..group?blh j
Bt la group..
bagi emel awk.. sy bgi no.
Perlu bawa resume x
saya 31/7 juga.. keusahawanan
This comment has been removed by the author.
https://chat.whatsapp.com/Ep25lxeGlI9DfM3U7oXC68
Maaf, saya tak pasti akan perkara ini, tetapi semestinya pointer juga mempengaruhi pada pendapat saya.
Group utk course kimia
Saya tak pasti RPH tu apa, mungkin bidang saya berbeza, tetapi ada checklist yang akan diberi dan perlu dibawa untuk menghadiri temuduga jika terpilih. Tetapi jangan risau, jika ada dokumen yang tak lengkap, boleh berusan dengan pegawai disana. Good luck.
Tidak silap saya, tidak dinyatakan bahawa pointer perlu atas 3. Cuba sahaja, mana tahu ada rezeki.
Bergantung kepada penemuduga sebenarnya. Saya tak akan cakap senang, tetapi perlu bersedia yang mana berkaitan sepermana saya kongsikan di atas. Berjaya atau tidak, nanti entri akan datang saya kongsikan.
Interview yang saya pergi ini tidak ada stage. Hanya sekali interview sahaja. Jika anda berjaya, anda akan dihubungi melalui email ataupon panggilan talifon sepertimana yang diberitahu kepada kami semua selepas selesai sesi interview.
Good luck dan semoga berjaya kepada anda semua.
Terima kasih kembali kerana sudi membaca. Harap dapat memberi manfaat. Keputusan temuduga akan saya kongsikan dalam entri akan datang. Nantikan yer.
Interview saya dalam bahasa Melayu. Kumpulan saya semua cakap bahasa Melayu. Sedikit tips untuk anda, jika penemuduga mulakan bicara dengan bahasa Melayu, sebaiknya balas dalam bahasa Melayu. Begitu juga sebaliknya. Lulus atau tidak, tunggu entri akan datang yer.
Sebaiknya, sediakan resume anda serta dokumen lain selengkapnya. Saya sarankan anda bawa sahaja resume dan letakkan sekali dengan koleksi sijil-sijil anda. Semoga berjaya.
Hi…saya pon…ada sesiapa sini course biotech??
Hi. Ada yg course education x kat sini? RPH perlu bawa ke?
Hai..saya dpt 29/7 ni..bidang elektrik
hi semua. macam mana kita nak tau kita dpt kos apa? sbb tak tertulis apa2 dlm surat tawaran
oo..trima kasih..tips2 yg sgt membantu..sy tggu next entri
Saya dapat iv 31/7,kos mechatronic engineering
Semoga berjaya.
sapa2 cost Elektrik Power boleh roger2..buat group..:)
salam…saya dpt 25/7 ini..bidang sistem pengurusan pejabat..boleh saya taw brpe lme mase yg dispendkan mse iv dan 4 org yg masuk skli dlm blik iv ni semua same bidang ke
Good input. Tqvm
Saya dapat interview 31/7/19 ni. Saya bidang keusahawanan. Saya tak pasti dalam list semakam tu ada RPH ke tak… Anyone boleh confirmkan saya? Contact saya di email saya please norfaiz.azliley28@gmail.com mungkin kita boleh gather2 then create group
saya pon iv 25/7 ni, bidang peruncitan
. Farah Fazira dalam surat tawaran xda tulis apa2? kita sama
saya pun 31/7 ni,saya belajar bidg pemasaran,tapi temu duga ni saya pun xtau bidang apa yg nak diinterview ni.
dalam senarai semak..tak perlu bawa rph.. yang perlu bawa rph untuk yang dapat tenuduga pegawai perkhidmatan pendidikan dg41.
This comment has been removed by the author.
En ni calon smpanan.k utk elktrik
ada sesiapa dapat kos manufacturing engineering?
salam semua.. saya pun akan ada interview pada 31/7 ni.. tapi macam mana ya saya nak tahu kos apa yang ditawarkan? terima kasih in advance..
Terima kasih atas perkongsian encik..
Sy pon ade interview utk 31/7 ni. Soalan yg sm jg mcm mn nak tahu kos ape yg kite dpt?
Salam sis..Hye…education…kita sama…sis iv brapa hb…sy 23 julai…sama x
Nak join boleee ? Sy 31 julai. Pemasaran
Sesape iv 31 julai nie ples invite me into ur group
Jommmm. Sy pun 31 julai nie. emel: wanaina.bukhari@gmail.com
Ig : therealaynas
sy pon 31/7 bidang keusahawanan. email sy, nk join group jgk nursalwadiyana@gmail.com
Ada sesiapa yg iv 23/7/19 ni?
hai sy iv 25/7 jugak. bidang pentadbiran perniagaan. ada group ws ke?
sesiapa bidang kejuruteraan pembuatan…email sy normazila2015@gmail.com tq
Saya pun bidang pemasaran , dah ada group ws kaa
Sy.. Jam 730
Hi, saya pun 23/7 . Tp bidang bahasa inggeris.
Saya juga 23/7 pukul 7.30am . bidang apa ya?
Sama la.sy pgurusan pejabat..tp 23 julai ..hri selasa ni
Tyra saya kejuruteraan kimia…..
Saya Zakwan kejuruteraan Kimia. ada sapa sapa yang datang sini merupakan kejuruteaan kimia
Sy kejuruteraan pembuatan . Iv 29/7 ni..awak iv tarikh yg sama?
boleh join group? sy pun interview 31/7
Princess & syasya, we'll be seinh each other tomorrow insyaAllah. Best of luck for both of you. Btw, sye TESL. Sama dgn syasya ke?
sama saya..bilik berapa??
Hai. Nak tanya ada tak sesape yang iv 24/7 (esok)? And boleh sesape bagi tips sikit x? Yang dah berpengalaman, fail wajib ke warna hitam? Kalau warna light grey boleh x? Resume kena bm atau dua2 bm n bi?
Semoga berjaya untuk interview. Fail tak kisah saya rasa, sebab ramai je bawak fail selain warna hitam. Resume saya dalam BI, tapi jika anda ada kedua-duanya bahasa lebih bagus, jika tidak, salah satu sudah memadai saya rasa. Goodluck.
Welcome. Harap dapat membantu.
Saya tak pasti calon simpanan ke apa. Saya hadiri temuduga macam orang lain sahaja.
Sama-sama cik. Semoga bermanfaat.
Blh add sy dlm group sekali x. Ni no sy 0132235418. Nisa. Terima kasih byk2 kpd sape yg sudi add
boleh join x? iv 29/7 nih.kejuruteraan kimia
hai, boleh share tak soalan iv hehe… saya pun pengurusan pejabat, iv esok (25hb).
Hi nak tnya. Semua sijil perlu dpt cop pengesahan ke? Saya iv 29/7 ni. Kalau ade grup boleh add saya tak? 0104042100
sy pon 31/7 nak join group klu ada u_myra90@yahoo.com.my..
bdg keusahawanan
SAYA…mcm mana tahu bidg yg ditawarkan…(tiada dlm surat temu duga)
hye..saya pun interview hr rabu 31/7/2019..kod 1042..tapi saya xtahu utk kos ape..saya dari petroleum chemistry/petroleum engineeriing..kalo ada group wa saya nk join 01137695691..tq
Salam saya nak tanya pemaikain nametag tu wajib atau tak? Thank u
Sape² kos manufacturing eng iv 29/7 ni?
Sy izzat,kejuruteraan pembuatan..tarikh iv sama.
Aini, boleh bg email ? sy ada nk tanya berkenaan spp. tq
Tak wajib rasanya, tetapi lebih baik ada.
hai sy pun sama ada interview hari rabu nie 31 julai 2019 …kod 1042 tp x tau kos ape. sy dr seni reka fesyen….klu ade group bole sy join sekali…0192386929..tq
subjec pectrochemical ada
wajib rasanya..ada dlm pekeliling, boleh tgk kt laman web spp
This comment has been removed by the author.
Keputusan dah keluar ke? Saya pegi intview 24/7
Bila ye keputusan akan keluar? Any idea…nanti kalau dah keluar roger lar
Dah
Dah kluar k??kat mna awk check ya
dah kluar..2 oct 2019
saya pun dapat kod 1042. belum tahu bidang apa. iv 31/10 ni. boleh kongsi dengan saya 🙂
salam tuan..tahniah atas perkongsian ini..sedikit sebanyak telah membantu sy ketika temuduga lepas pada bulan 7.semoga Allah merahmati hidup tuan. anyway mcma keputusan tuan IV tempoh hari? ada rezeki ke??
Sala. Maaf tumpang bertanya. Saya baru sahaja habis semester belajar semestsr ni.Nak tanya macamana nak mohon semua ni kalau course tanpa pendidikan?