

Yang nie baru satu mentor, nnt jika saya jumpa mentor-mentor yang lain, pastinya penuh dan berlimpah-limpah tips dan perkongsian yg mereka berikan.
Memang menjadi kebiasaan bagi mereka untuk suka memberi dan membantu anak didik mereka. Saya juga mahu menjadi seperti mereka, membantu lebih ramai orang dengan kepakaran yang saya ada.
KNOWLEDGE DIA MAHAL GILER..

Jika anda pergi bawa sejumlah wang yang besar gedabak pon kat mentor anda, saya yakin dan percaya pastinya ilmu yang dia share tak akan same nilai dengan wang yang anda bawa tu.
SEBAB APA?.. Ini kerana dia akan tunjuk kat anda jalan SHORTCUT untuk anda. Dia akan GUIDE anda sebijik-sebijik apa yang harus anda lakukan. Apa yang anda tak harus lakukan.
Sebab apa saya cakap shortcut… Sebab cuba anda bayangkan orang yang telah lama terlibat dalam kancah bisnes nie, pastinya jatuh bangun dah biasa baginya.
Jika anda tak nak lalui apa yang dilaluinya, bergurulah dengan beliau. Sebab tu saya cakap dia akan GUIDE anda. Anda tak perlu langgar dinding sama seperti apa yang dia telah atau pernah langgar dulu.
Ramai orang yang saya jumpa dan berjaya, mereka memang suka memberi. Memberi ilmu secara percuma, tulis buku dan bagi secara percuma. Coaching percuma. Apatah lagi kalau anda adalah anak didik dia yang memang dia tak charge langsung dan berkira pon dengan anda.
Memang rugi la kalau tak pergi tadah ilmu kan. Rugi sangat-sangat.
JOM TAKLUK GUNUNG KINABALU..

Kenapa tetiba cerita pasal gunung kinabalu kan… dia ada analogy mengapa kita perlukan mentor yang boleh dikaitkan dengan gunung kinabalu.
Ceritanya macam nie…
Bayangkan jika anda dan kawan anda mahu menakluki gunung kinabalu. Malah sebenarnya katakan semua orang boleh menaklukinya. Tetapi dalam banyak-banyak tu, pastinya apa yang membezakan seorang daripada yang lain adalah seberapa cepat dia boleh sampai ke puncaknya.
Jom kita bayangkan jika semasa anda menaiki gunung tersebut, anda ditemani dengan seorang pengiring yang memang pakar perihal menaiki gunung kinabalu nie. Memang menjadi kerjanya memantau pergerakan orang naik turun gunung nie.
Tidakkah anda rasa anda akan lebih cepat sampai ke puncak. Kerana apa?. Sebab ada orang tolong guide anda. Jalan mana anda patot lalu. Jalan mana anda patot elak. Semua telah diberi tahu.
Sebaliknya, mari kita bayangkan jika anda cuba menakluki gunung kinabalu bersendirian. Berkemungkinan laluan yang anda pilih adalah laluan yang berbeza. Malah, mungkin laluan yang memang sukar. Walaupon sebenarnya ada laluan yang lebih mudah, tapi anda tak tahu sebab tiada orang memberitahu anda.
Jika diberi pilihan, pastinya saya mahu menakluki gunung kinabalu dengan cepat dan pantas. Buat apa lalui jalan yang sukar jika kita tahu ada jalan yang lebih mudah.
BERUNTUNG MEREKA YANG ADA MENTOR..
Disebabkan mentor-mentor saya memang suka membantu, pernah dia cerita bahawa pernah dalam satu hari, penuh chat-chat FB di monitornya. Yang bestnya, dia memang suka perkara itu. Dia lagi gembira dapat membantu anak didiknya.
Saya juga beruntung sebab menjadi satu daripada anak didiknya. Satu daripada perkara yang dia share dengan saya adalah, betapa dia benar-benar seronok dapat menambah nilai hidup orang lain.
Bagaimana kepakarannya dalam coaching, perihal IT dan business shaklee dapat merubah dan memberi makna terhadap hidup ramai orang.
Ilmu yang bermanfaat, jika dikongsi, memang ada sahamnya untuk kita dan begitulah seterusnya jika kita pula berkongsi dengan orang laen.
Kepada anda jika mahu melakukan sesuatu dengan berjaya..carilah mentor yang telah terbukti berjaya melakukan apa yang anda ingin lakukan itu. InsyaAllah, kebarangkalian untuk anda berjaya adalah lebih tinggi jika anda mempunyai mentor di sisi anda.
Ini adalah satu daripada mentor shaklee saya, Arham Zulqarnaen namanya, seronok dapat berjumpa depan-depan. Allah sahaja yang tahu keseronokannya..!!..Terima kasih banyak-banyak mentor dan keluarganya.
![]() |
Coaching santai di rumah je..tu memang best..!! |
InsyaAllah, saya akan terus berkongsi dengan anda semua tips-tips dan cerita-cerita mengenai kejayaan, perniagaan, kesihatan dan sebagainya dalam entri-entri akan datang. Apa yang penting adalah hidup kita memberi manfaat kepada orang lain. (^_^)V
Jemput add saya sebagai friend anda di FB. Saya suka berkawan dan berkenalan dengan anda yang semestinya juga mahu berjaya. Saya pon memang suka dikelilingi oleh orang-orang yang positif dan berjaya.